Tuesday, April 20, 2010

Jawatan Kosong Di MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

1. (a) Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
(b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat

2. Jadual Gaji Gred F29 : P1T1 RM1544.86 – P1T21 RM3034.66
3. Taraf Jawatan : Tetap
4. Syarat Lantikan : 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-

(a) (i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi
maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T1, RM1544.86);
ATAU
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F29 : P1T2, RM1611.41);
DAN
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. Syarat Kenaikan Pangkat : 2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik
Secara Lantikan Komputer adalah layak dipertimbangkan
untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) di atas;
DAN (b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

BORANG PERMOHONAN :

Borang permohonan jawatan boleh diadapati dengan memuat turun borang dari laman web http://www.mppp.gov.my beserta syarat-syarat dan maklumat jawatan.
Borang-borang permohonan hendaklah dilengkapkan dengan perkara-perkara berikut. Jika tidak, permohonan tidak akan dipertimbangkan.

(i) Sekeping gambar berukuran paspot.
(ii) Sesalinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil persekolahan serta diploma/ijazah yang berkaitan.
(iii) Kakitangan Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Pihakberkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing beserta Laporan Sulit dan Kenyataan Perkhidmatan terkini.

Peringatan kepada pemohon-pemohon.

(i) Sebelum memohon, sila tentukan terlebih dahulu samada anda layak atau tidak membuat permohonan.
(ii) Jika anda gagal mematuhi arahan-arahan sepertimana yang tercatit dalam borang permohonan, atau tidak melengkapkan borang sepertimana yang dikehendaki, permohonan anda tidak akan dipertimbangkan.
(iii) Borang-borang permohonan mestilah diisi dengan tulisan sendiri.
(iv) Memberi maklumat palsu ataupun menyembunyikan sebarang maklumat akan menyebabkan permohonan anda ditolak.
(v) Majlis tidak akan membiayai segala perbelanjaan yang berhubung dengan permohonan dan temuduga.
(vi) Permohonan dikehendaki menyertakan bersama-sama alamat e-mel di dalam borang permohonan bagi tujuan akuan terima. Jika tidak, permohonan tidak akan diakuiterima oleh Majlis.
(vii) Sila anggap permohonan anda sebagai tidak berjaya sekiranya tiada sebarang jawapan yang diterima selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan.

C. PERHATIAN :

Bagi kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun dan Penguasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama Laporan Sulit Khas dan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini. Permohonan daripada kakitangan Majlis hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan beralamat jabatan sahaja. Jika tidak permohonan anda dianggap sebagai calon luar.

D. TARIKH TUTUP : Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat berikut sebelum atau pada 20 April 2010:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Majlis Perbandaran Pulau Pinang,
Tingkat 17, KOMTAR,
10675 Pulau Pinang.


Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup tidak akan diberi pertimbangan.

No comments:

Post a Comment