Tuesday, April 20, 2010

Jawatan Kosong Di PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

Jawatan : PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Gred : F41
Kekosongan : 1

Gaji : P1T1: RM 1,899.01 – P1T25: RM 4,715.47
ITKA : RM 300.00
ITP : RM 250.00
Elaun Sara Hidup : Antara RM 100.00 – RM 300.00
Cuti Rehat : 25 hari setahun

SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a)Warganegara Malaysia kelahiran NegeriSelangor atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu;
(b)Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i)Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains maklumat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(iii)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T3); atau

(iv)Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T6); atau

(v)
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred F41: P1T9);

(d)
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA-CARA PERMOHONAN:

Permohonan hendaklah dibuat secara melengkapkan Borang IPK.SEL. 1 dengan menyatakan keterangan lengkap mengenai peribadi, kelayakan, pengalaman dan menyertakan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran paspot. Borang permohonan tersebut boleh diperolehi dan hendaklah dikembalikan seperti alamat berikut:-

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA,
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR,
TINGKAT 3, BANGUNAN SSAAS,
40503 SHAH ALAM.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 APRIL 2010.

PENTING
-Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
-Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
-Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.
-Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan adalah dianggap tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment